Khas untuk gigi depan yang hilang

Gigi depan dah hilang atau dicabut? Nak ganti dengan gigi yang lekat terus?

Kalau anda mahukan gigi gantian yang lekat terus dan tak perlu cabut-pasang setiap hari, FRC Bridge mungkin menjadi salah satu pilihan untuk kes yang sesuai.

Adakah anda ada masalah ini?

  • Gigi depan hilang tetapi tak mahu pakai gigi palsu
  • Sudah pakai gigi palsu depan tetapi rasa leceh dan tak selesa
  • Nak buat ceramic bridge tetapi bajet belum mencukupi
  • Nak buat implant tetapi kos terlalu tinggi
  • Nak ganti gigi depan dengan gigi yang lekat terus
  • Tak ada masa datang banyak kali ke klinik
1 appointment Untuk kes yang sesuai
Lekat terus Tak perlu cabut-pasang
Tanpa trim Gigi sebelah dikekalkan

*Doktor perlu memeriksa keadaan gigi dan gigitan terlebih dahulu. Tempoh rawatan bergantung pada kesesuaian kes.

Keistimewaan FRC Bridge

Apa yang anda akan dapat kalau buat FRC?

FRC Bridge menggunakan fiber sebagai sokongan dan composite untuk membentuk gigi gantian yang dilekatkan pada gigi bersebelahan.

01

Boleh siap dalam 1 appointment

Untuk kes yang sesuai, anda tak perlu datang banyak kali semata-mata untuk mendapatkan gigi gantian.

02

Lekat terus dalam mulut

Tak perlu cabut-pasang sebelum bercakap, makan atau berjumpa orang.

03

Gigi sebelah tidak perlu di-trim

Fiber dilekatkan sebagai sokongan supaya struktur gigi bersebelahan boleh dikekalkan.

04

Dibentuk supaya nampak natural

Bentuk dan warna disesuaikan supaya lebih serasi dengan senyuman.

05

Lebih selesa untuk rutin harian

Tak perlu menanggalkan dan memasang semula gigi gantian setiap hari.

06

Pilihan yang lebih ringkas

Proses lebih cepat dan biasanya lebih mampu milik berbanding ceramic bridge atau implant.

Dibuat oleh doktor gigi yang berpengalaman dalam bidang pergigian estetik

Setiap kes akan dinilai terlebih dahulu supaya bentuk, warna dan kesesuaian FRC dirancang mengikut keadaan gigi anda.

Apa berlaku semasa rawatan

Proses yang ringkas dan terus

Doktor akan memeriksa kesesuaian terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan.

Fiber FRC sebagai sokongan gigi gantian
Fiber digunakan sebagai sokongan sebelum gigi gantian dibentuk.
01
Doktor periksa kesesuaian Keadaan gigi, ruang dan gigitan akan dinilai terlebih dahulu.
02
Fiber dilekatkan Fiber menjadi sokongan pada gigi bersebelahan tanpa perlu trim.
03
Gigi dibentuk dan dikemaskan Composite dibentuk, disesuaikan warnanya dan dipolish.

Perbandingan ringkas

Pilihan untuk menggantikan gigi depan

Setiap pilihan mempunyai kelebihan tersendiri. Doktor akan membantu memilih rawatan yang sesuai.

Perkara FRC Gigi palsu Bridge Implant
Cara guna Lekat Cabut-pasang Lekat Lekat
Lawatan 1 kali* 3–4 kali 2 kali+ Beberapa peringkat
Trim gigi Tidak* Tidak Perlu Tidak
Pembedahan Tidak Tidak Tidak Ya
Kos Sederhana Rendah Tinggi Paling tinggi

*Untuk kes yang sesuai selepas pemeriksaan doktor.

Google Reviews

Apa pelanggan kata tentang rawatan estetik kami?

N
Norfaiza Google Review
★★★★★

“Buat composite veneer kat sini dengan Dr Asri. Gigi menjadi seperti gigi asal. Sangat berpuas hati. Recommended.”

IS
Itz Suri Google Review
★★★★★

“It look very real. Thank you Doc. Highly recommended. Klinik gigi terbaik saya setakat ini.”

Q
Qayra Azali Google Review
★★★★★

“Klinik Dr Asri terbaik. Veneer cantik nampak macam gigi asli. Rawatan kemas dan teliti. Staf pun baik.”

Soalan yang selalu ditanya

Sebelum anda buat keputusan

FRC Bridge boleh tahan berapa lama?

Ketahanan bergantung pada keadaan gigitan, penjagaan dan tabiat makan. Doktor akan memberikan penerangan berdasarkan kes anda.

Boleh makan seperti biasa?

Boleh untuk kebanyakan makanan. Elakkan menggigit makanan terlalu keras menggunakan gigi FRC.

Kalau FRC pecah atau tertanggal?

Doktor perlu memeriksa terlebih dahulu. Dalam banyak keadaan, bahagian FRC boleh dibaiki bergantung pada keadaan gigi dan fiber.

Rawatan ini sakit atau tidak?

Kebiasaannya rawatan tidak sakit kerana gigi bersebelahan tidak perlu di-trim. Pengalaman setiap individu mungkin berbeza.

Semua orang sesuai buat FRC?

Tidak semestinya. Doktor perlu memeriksa gigi sokongan, ruang dan keadaan gigitan terlebih dahulu.

✓
Dinilai oleh doktor gigi

Semakan kesesuaian dan rawatan dilakukan oleh doktor gigi di Klinik Pergigian Dr Asri.

Nilai dan harga

Sekarang anda dah tahu apa yang anda akan dapat

FRC memberikan penyelesaian gigi gantian lekat terus yang lebih ringkas untuk rutin harian.

Harga FRC Bridge RM800 untuk satu batang gigi

Dengan RM800, anda akan dapat:

  • Gigi gantian jenis lekat terus
  • Boleh siap dalam 1 appointment untuk kes yang sesuai
  • Tak perlu trim gigi bersebelahan
  • Dibentuk dan dipolish supaya nampak natural
  • Tak perlu cabut-pasang setiap hari

Doktor perlu memeriksa keadaan gigi dan gigitan terlebih dahulu.

WhatsApp klinik sekarang

Klinik Pergigian Dr Asri

Lokasi klinik kami berada di Merbau Patah, Kuala Terengganu.

📍 Buka Google Maps

Langkah seterusnya

Tak pasti kes anda sesuai? WhatsApp klinik dulu

Doktor boleh melihat keadaan awal melalui gambar sebelum anda aturkan masa untuk datang.

WhatsApp Klinik Sekarang